Perempuan, berlagak kuat dihadapan semua. pura pura kebal dengan segala rasa. hadap semua dengan senyuman palsu semata. berjalan megah. melindungi diri yang jatuh tertiarap di hujung sana I.R 060217 12:04
Di kaki ombak yang menderu. di langit tujuh yang meninggi. sedang hamparan biru menjadi saksi. seperti ada yang sedang menanti. tak pernah menoleh walau sekali. tetap menanti tak pernah kembali. Meski terik matahari jingga membakar jasadku. meski awan menangis pada redup senja. hingga siang mengheret malam. akan aku selalu ada. di setiap waktu yang berlalu. Menunggu dan menanti. mengharap bintang muncul kembali. di dada langit yang pekat gelita. dan aku tahu adalah mustahil. I.R ISNIN, OKTOBER KE-23, 2017
Di tengah malam ini bersunyi mencari mata yang sudi menyelami. Di tengah malam ini aku mati memancing suara yang mahu menyapa diri. tiada. kau tetap tiada I.R 020217 23:18
Comments
Post a Comment