AKU GADIS BIASA
Aku gadis biasa.
yang tak punya apa.
masih bertatih mencari redha.
masih mentafsir erti bahagia
tidak bergaya,
tidak mesra,
dan kadangkala
tidak peduli apa kata orang padanya.
hidup bukan untuk membuat orang suka
kerana redha allah bukan pada redhanya manusia.
Jika aku leka, tegurlah
jika aku lupa, ingatkanlah.
kerana aku hanya gadis biasa
tidak mungkin sempurna.
Comments
Post a Comment